Gambaran Hapi (dewa)

Walaupun lelaki dan memakai janggut palsu, Hapi digambarkan dengan payudara geleber dan perut yang besar, melambangkan kesuburan Nil. Dia juga sering mempunyai kulit biru[5] atau hijau, warna air. Sifat lainnya berbeza-beza, bergantung pada wilayah Mesir di mana gambarannya dihasilkan. Di Mesir Hilir, dia dihiasi dengan tumbuhan papirus dan dihadiri oleh katak, yang terdapat di wilayah itu, dan simbol-simbolnya. Di Mesir Hulu pula, terdapat lebih banyak teratai dan buaya di Sungai Nil, jadi inilah menjadi simbol wilayah itu dan apa-apa yang berkait dengan Hapi di sana. Hapi sering digambarkan membawa persembahan makanan atau menuang air dari bekas tembikar, tetapi jarangnya dia digambarkan sebagai badak air. Semasa Dinasti Kesembilan Belas, Hapi sering digambarkan sebagai kembar, masing-masing memegang dan mengikat bersama-sama batang panjang dua tumbuhan yang mewakili Mesir Hulu dan Hilir, secara simbolik mengikat kedua-dua negeri di sekeliling hieroglif yang bermaksud "kesatuan".[5] Lambang simbolik ini sering diukir di dasar patung firaun yang bertakhta.[5] Ahli sejarah Mesir, Al Maqrizi (1364–1442), menceritakan dalam "El Khutat El Maqrizia" (Rencana Maqrizian) beliau bahawa anak dara dikorbankan hidup-hidup setiap tahun sebagai "pengantin Nil" ("Arous El Nil") dan ini telah diterima dalam sejarah selewat-lewatnya pada tahun 1970-an,[6] tetapi dakwaan ini disangkal oleh sesetengah ahli beberapa pakar Mesir seperti Bassam El Shammaa.[7]

Rujukan

WikiPedia: Hapi (dewa) https://en.wikipedia.org/wiki/File:Hapi_Dios_egipc... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Luxor_Museum_St... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Upper_part_of_a... https://en.wikipedia.org/wiki/File:Limestone_slab_... https://en.wikipedia.org/wiki/File:5EGP(2).png%7CH... https://en.wikipedia.org/wiki/File:C+B-Nile-Hapi.P... https://www.masress.com/en/dailynews/107916 https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Hapy?u... https://archive.org/details/completegodsgodd00wilk...